Saturday, January 9, 2010

lagak si pelagak

SITUASI PERTAMA :
Pakainya TOP MAN di hiasi jacket kulit hitam PRADA
Bottomnya skinny cap LEVI's
Kasut keluaran SUPRA
Cermin mata hitam STUNNA
Tali pinggang cap GUCCI
Lengan kemas di hiasi jam brand DIESEL
Perghh. Bergaya. Ala-ala SAM BUNKFACE kan?

SITUASI KEDUA :
Baju putih dah koyak-koyak
Seluar boxer
Selipar jepun
Tak pakai cermin mata
Tak pakai tali pinggang
Jam RM10.00 dekat pasar malam
Kalau orang di atas jalan - jalan dekat PAVILLION mesti kene kutuk habis-habisan en?


Tapi akhirnya,
Lelaki di situasi pertama belalu meninggalkan pusat bandar dengan hanya menaiki bus TRITON. Tambang tak cecah RM10.00 pon
Lelaki di situasi kedua beredar dengan rendah dirinya dengan menaiki

Mercedes-Benz SLR McLaren 722 Edition.


Fuhhhhh. Dunia sekarang.
Yang 'berada' merendah diri.
Yang sederhana dengan lagaknya berlagak kaya.
Pemikiran apa ini?

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
9/1/2010 jam 9:49 malam waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap