Sunday, January 31, 2010

equine

PERHATIAN :
Sepatutnya entry ini ditulis pada malam ahad yang lepas tapi sebab penat dan banyak homework ditangguhkan sehingga harini iaitu KHAMIS.




Hello! Anda tahu apa itu equine? Tak tahu? GOOGLE it!

Kepada yang tak tahu :
Equine itu sejenis permainan di mana kita perlu menunggang kuda. FAHAMkan?

Okay. Ahad yang lepas pergi ke UTM, untuk equine. So, ni kira kali kedualah aku pergi latihan ni. Kali pertama aku tak di benarkan riding. Biasalah begineer. Tapi hari ahad haritu aku di benarkan riding horse tuh! OMG!

Aku dapat naik kuda dua kali. Masa kali pertama, tak ada apa-apa yang best. Cuma coach tu suruh aku rasa naik kuda dan barangkali buat contact dengan kuda tu. Bila kali kedua baru best. Sebab kita belajar troat(aku tak tahu eja.)

Troat(masih tak eja tahu lagi) tu adalah aktiviti dia mana kita perlu duduk dan diri sewaktu riding horse. Buat berulang-ulang kali. Masa kawan-kawan aku cuba, semua kecoh kata susah. Aku dah cuak je. Tapi memang aku excited sangat nak buat. Then masa coach panggil aku, aku terus ke depan. Siap pakai helmet tau. Comel je, macam pekerja endon buat rumah. Then apa lagi, aku pon naiklah atas kuda tu. Sorry, aku terlupa nama kuda yang aku naik.

Then masa aku naik rasa bangga bukan kepalang. Even kuda tu tak gerak lagi pon. Then bila dia gerak, maksud aku just walking, aku cuba relax dan kawal pernafasan. Body position: head, shoulder and leg kene sebaris. Badan kene tegak tak boleh bongkok. Then coach tanya ready tak nak troat. Aku cakap je la 'Okay.' Then coach tu cakap dekat kuda tu 'troat, troat, troat .. ...' then kuda tu jadi makin laju.

Aku dah OMG, WTH! Aku dah gelabah. Aku rasa macam nak jatuh ke depan je. Then coach tu kata, badan tegak jangan bongkok. Aku pon tegakkan la badan. Then aku cuba try bangun masa atas kuda tu.

Senang rupanya. Takde lah susah sangat.

Tapi, technically aku salah. Sebab body position aku salah. Sepatutnya aku bangun perut ke depan. Tapi yang aku buat, bangun kepala ke depan. Tu pasal aku macam nak jatuh ke depan.

Sebenarnya tak guna tulis banyak-banyak. Korang bukan faham sangat en. Lepas ni aku buat entry bervideolah. HAHA.


*Aku tak bawa camera time tu, so tak ada gambar. Sabtu and ahad ni aku ada training lagi, nanti aku tangkap gambar tau tau!


Shedule aku training;
Setiap hari sabtu dan ahad,
8 pagi sampai 7 malam.
Tengah hari ada rehat 3 jam.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
04/2/2010 jam 4:00 petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap