Wednesday, January 20, 2010

banggakan?

Kalau kurang suka dengan orang yang suka memuji diri sendiri, janganlah baca entry ni. Sebab aku mahu memuji diri aku sekarang ni. AHAHA.

Sedar tak sedar dah enambelas tahun dah umur aku sekarang. Tapi, selama aku hidup enambelas tahun, tak pernah aku rasa bangga dengan diri aku. Pernah la sikit-sikit tapi bangga, yang luar biasa tu memang tak pernah.

Dulu tadika aku bukan dilebel pelajar cemerlang. Aku mungkin dilebel sebagai pelajar hyperactive. Berlari banyak-banyak pun tak penat. Bila masuk sekolah rendah, aku pulak berubah jadi pelajar yang talkactive. Bila parent datang sekolah nak amik report card, guru kelas mesti cakap

"Anak tuan/puan ni banyak cakap dekat kelas"
Selalunya, sebelum mama&abah nak jumpa guru kelas aku, aku dah pesan
"Kalau cikgu cakap nini(nama manja) ni banyak cakap, jangan marah."
Ya. Memang cikgu tu selalu cakap macam tu.

Masa aku dah darjah enam, pun aku tak matang lagi. Pakai tudung lipat. Muka nampak bulat je. Pakai cermin mata. =.=" (Jangan gelak). Aras kepandaian aku biasa je. Pernah sampai aku masuk bilik kaunseling sebab markah BM aku dah lebih tiga kali 78%. Tak A. Bengang tau aku.

Muka aku bukan muka pelajar cemerlang. Tapi time darjah 6 aku memang rajin. Keluar result amat memberangsangkan. Fuyyohhhhh! Janganlah tanya apa perasan aku. Ahhh. Bahagianya aku. Sedara, pakcik, makcik, kawan mak aku call tanya result aku. Kalau kau, mesti kau bangga kan?

Bila masuk form one. Aku dia gelar budak hyperactive sekali gus talkactive. Masa form one, aku biasa-biasa je. Aku tak rasa aku kurang pandai, sebab semua budak memang tak pandai time tu. Almaklumlah, cultural shock sebab masa UPSR lain bila form 1 lain. Lagi pon, time form one aku dah berjinak-jinak dengan myspace. Jadi otak aku memang dah diracuni dengan agenda-agenda TOM.

Bila form two aku mula belajar bersaing! YEAH. Tapi aku penah masuk golongan budak kurang pandai sebab aku dapat markah paling rendah untuk subject MATH iaitu 27%. GAGAL.

Bila form three aku dah pandai pulak blogging. RAKUS time tuh. Masa cikgu ajar, aku duduk belakang, then tulis apa aku nak tulis nanti dekat blog. Just tulis isi-isi pentinglah kononkan. Bila balik rumah, transfer ayat-ayat tu menjadi sebuah entry. Bila nak trial. Aku baru sedar. Aku kene belajar. Aku belajar kena ada laptop depan mata. Sambil tu online. Bila bosan baca buku Sejarah, baca blog orang. Jahatnya aku!

Bila result kuar, heeeeeeeeeee. KEBABOMMMMMMMMMMMMMMM.
ALHAMDULILAH CEMERLANG.

Terbaru, aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Muar dengan Teknik JB.
Aku tak pergi. Aku stay sekolah Taman Universiti je.

Ramai orang macam kata impossible dengan result aku. Sebab aku ni kuat online, tak belajar dekat rumah and apa semua. Even cikgu pun tak target aku sebagai pelajar cemerlang. Tapi yang penting last minit study tu aku buat betul-betul. Aku ngaku, aku memang suka study last minit.

Dah enambelas tahun aku hidup,
dan sekarang baru aku bangga dengan nama EZATUL HANI BINTI YUSOF AKMAR.
Aku betuk-betul bangga jadi diri aku.

SEKIAN, TERIMA KASIH

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
19/1/2010 jam 9:53 malam waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap