Sunday, January 31, 2010

equine

PERHATIAN :
Sepatutnya entry ini ditulis pada malam ahad yang lepas tapi sebab penat dan banyak homework ditangguhkan sehingga harini iaitu KHAMIS.




Hello! Anda tahu apa itu equine? Tak tahu? GOOGLE it!

Kepada yang tak tahu :
Equine itu sejenis permainan di mana kita perlu menunggang kuda. FAHAMkan?

Okay. Ahad yang lepas pergi ke UTM, untuk equine. So, ni kira kali kedualah aku pergi latihan ni. Kali pertama aku tak di benarkan riding. Biasalah begineer. Tapi hari ahad haritu aku di benarkan riding horse tuh! OMG!

Aku dapat naik kuda dua kali. Masa kali pertama, tak ada apa-apa yang best. Cuma coach tu suruh aku rasa naik kuda dan barangkali buat contact dengan kuda tu. Bila kali kedua baru best. Sebab kita belajar troat(aku tak tahu eja.)

Troat(masih tak eja tahu lagi) tu adalah aktiviti dia mana kita perlu duduk dan diri sewaktu riding horse. Buat berulang-ulang kali. Masa kawan-kawan aku cuba, semua kecoh kata susah. Aku dah cuak je. Tapi memang aku excited sangat nak buat. Then masa coach panggil aku, aku terus ke depan. Siap pakai helmet tau. Comel je, macam pekerja endon buat rumah. Then apa lagi, aku pon naiklah atas kuda tu. Sorry, aku terlupa nama kuda yang aku naik.

Then masa aku naik rasa bangga bukan kepalang. Even kuda tu tak gerak lagi pon. Then bila dia gerak, maksud aku just walking, aku cuba relax dan kawal pernafasan. Body position: head, shoulder and leg kene sebaris. Badan kene tegak tak boleh bongkok. Then coach tanya ready tak nak troat. Aku cakap je la 'Okay.' Then coach tu cakap dekat kuda tu 'troat, troat, troat .. ...' then kuda tu jadi makin laju.

Aku dah OMG, WTH! Aku dah gelabah. Aku rasa macam nak jatuh ke depan je. Then coach tu kata, badan tegak jangan bongkok. Aku pon tegakkan la badan. Then aku cuba try bangun masa atas kuda tu.

Senang rupanya. Takde lah susah sangat.

Tapi, technically aku salah. Sebab body position aku salah. Sepatutnya aku bangun perut ke depan. Tapi yang aku buat, bangun kepala ke depan. Tu pasal aku macam nak jatuh ke depan.

Sebenarnya tak guna tulis banyak-banyak. Korang bukan faham sangat en. Lepas ni aku buat entry bervideolah. HAHA.


*Aku tak bawa camera time tu, so tak ada gambar. Sabtu and ahad ni aku ada training lagi, nanti aku tangkap gambar tau tau!


Shedule aku training;
Setiap hari sabtu dan ahad,
8 pagi sampai 7 malam.
Tengah hari ada rehat 3 jam.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
04/2/2010 jam 4:00 petang waktu tempatan

Friday, January 22, 2010

lagi cerita sekolah baru =.=

Hello. Sebenarnya, aku sangat baik di sekolah baru. Bukan atas dasar rela, tapi seakan-akan terpaksa. Aku budak baru, jadi aku rasa pengawas dekat sana macam suka carik salah aku. Sampai aku rasa extreamly depress!

Bila ada spot check. Aku jadi gelabah. Even aku tahu aku tak buat apa-apa salah. Sebab mungkin aku macam cultural shock. Aku tak biasa lagi dengan keadaan sekolah ni.

Aku ingat lagi, aku kena marah dengan seorang pengawas ni (malas nak sebut nama), sebab aku makan dekat pondok masa rehat. Seriously, aku tak tahu tak boleh makan dekat situ. Padahal aku cuma makan roti je.

Kalau sekolah lama, kantin dia besar sangat. Sampai banyak meja kosong masa rehat. Bila dekat sekolah baru, pelajar dia ramai, kalau lambat beli makanan, memang kene makan berdiri. Kalau dulu, aku rehat sampai 6-8 orang. Makan nasi dengan ayam. Tak pon mee dengan ayam. Sekarang tiap - tiap hari aku makan roti. Dah tu aku rehat berdua je. Bukan nak kata apa, sunyi hanya tuhan yang tahu.

Bayangkan, makan roti dekat kantin yang sesak. Sambil berdiri. Dua orang je. Kau tengok orang lain semua buat bising. Ketawa.

Bila pikir - pikir balik, aku rindu dengan suasana sekolah lama. Rindu nak makan dengan bestfriend dekat sekolah lama.

Masa dekat sekolah lama, aku paling tak suka masa belajar. Bila dah dekat sekolah baru jadi terbalik. Aku lebih suka masa belajar daripada masa rehat.

Kalau dalam kelas, masa tengah belajar, teringat kawan lama. Memang sedih gila.
...
...
...
..


Sorry. Bukan aku tak nak sambung. Malas, Nanti aku nangis.

SERIOUSLY, AKU RINDU KORANG =,="

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
22/1/2010 jam 6:53 petang waktu tempatan

Wednesday, January 20, 2010

banggakan?

Kalau kurang suka dengan orang yang suka memuji diri sendiri, janganlah baca entry ni. Sebab aku mahu memuji diri aku sekarang ni. AHAHA.

Sedar tak sedar dah enambelas tahun dah umur aku sekarang. Tapi, selama aku hidup enambelas tahun, tak pernah aku rasa bangga dengan diri aku. Pernah la sikit-sikit tapi bangga, yang luar biasa tu memang tak pernah.

Dulu tadika aku bukan dilebel pelajar cemerlang. Aku mungkin dilebel sebagai pelajar hyperactive. Berlari banyak-banyak pun tak penat. Bila masuk sekolah rendah, aku pulak berubah jadi pelajar yang talkactive. Bila parent datang sekolah nak amik report card, guru kelas mesti cakap

"Anak tuan/puan ni banyak cakap dekat kelas"
Selalunya, sebelum mama&abah nak jumpa guru kelas aku, aku dah pesan
"Kalau cikgu cakap nini(nama manja) ni banyak cakap, jangan marah."
Ya. Memang cikgu tu selalu cakap macam tu.

Masa aku dah darjah enam, pun aku tak matang lagi. Pakai tudung lipat. Muka nampak bulat je. Pakai cermin mata. =.=" (Jangan gelak). Aras kepandaian aku biasa je. Pernah sampai aku masuk bilik kaunseling sebab markah BM aku dah lebih tiga kali 78%. Tak A. Bengang tau aku.

Muka aku bukan muka pelajar cemerlang. Tapi time darjah 6 aku memang rajin. Keluar result amat memberangsangkan. Fuyyohhhhh! Janganlah tanya apa perasan aku. Ahhh. Bahagianya aku. Sedara, pakcik, makcik, kawan mak aku call tanya result aku. Kalau kau, mesti kau bangga kan?

Bila masuk form one. Aku dia gelar budak hyperactive sekali gus talkactive. Masa form one, aku biasa-biasa je. Aku tak rasa aku kurang pandai, sebab semua budak memang tak pandai time tu. Almaklumlah, cultural shock sebab masa UPSR lain bila form 1 lain. Lagi pon, time form one aku dah berjinak-jinak dengan myspace. Jadi otak aku memang dah diracuni dengan agenda-agenda TOM.

Bila form two aku mula belajar bersaing! YEAH. Tapi aku penah masuk golongan budak kurang pandai sebab aku dapat markah paling rendah untuk subject MATH iaitu 27%. GAGAL.

Bila form three aku dah pandai pulak blogging. RAKUS time tuh. Masa cikgu ajar, aku duduk belakang, then tulis apa aku nak tulis nanti dekat blog. Just tulis isi-isi pentinglah kononkan. Bila balik rumah, transfer ayat-ayat tu menjadi sebuah entry. Bila nak trial. Aku baru sedar. Aku kene belajar. Aku belajar kena ada laptop depan mata. Sambil tu online. Bila bosan baca buku Sejarah, baca blog orang. Jahatnya aku!

Bila result kuar, heeeeeeeeeee. KEBABOMMMMMMMMMMMMMMM.
ALHAMDULILAH CEMERLANG.

Terbaru, aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Muar dengan Teknik JB.
Aku tak pergi. Aku stay sekolah Taman Universiti je.

Ramai orang macam kata impossible dengan result aku. Sebab aku ni kuat online, tak belajar dekat rumah and apa semua. Even cikgu pun tak target aku sebagai pelajar cemerlang. Tapi yang penting last minit study tu aku buat betul-betul. Aku ngaku, aku memang suka study last minit.

Dah enambelas tahun aku hidup,
dan sekarang baru aku bangga dengan nama EZATUL HANI BINTI YUSOF AKMAR.
Aku betuk-betul bangga jadi diri aku.

SEKIAN, TERIMA KASIH

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
19/1/2010 jam 9:53 malam waktu tempatan

Saturday, January 9, 2010

lagak si pelagak

SITUASI PERTAMA :
Pakainya TOP MAN di hiasi jacket kulit hitam PRADA
Bottomnya skinny cap LEVI's
Kasut keluaran SUPRA
Cermin mata hitam STUNNA
Tali pinggang cap GUCCI
Lengan kemas di hiasi jam brand DIESEL
Perghh. Bergaya. Ala-ala SAM BUNKFACE kan?

SITUASI KEDUA :
Baju putih dah koyak-koyak
Seluar boxer
Selipar jepun
Tak pakai cermin mata
Tak pakai tali pinggang
Jam RM10.00 dekat pasar malam
Kalau orang di atas jalan - jalan dekat PAVILLION mesti kene kutuk habis-habisan en?


Tapi akhirnya,
Lelaki di situasi pertama belalu meninggalkan pusat bandar dengan hanya menaiki bus TRITON. Tambang tak cecah RM10.00 pon
Lelaki di situasi kedua beredar dengan rendah dirinya dengan menaiki

Mercedes-Benz SLR McLaren 722 Edition.


Fuhhhhh. Dunia sekarang.
Yang 'berada' merendah diri.
Yang sederhana dengan lagaknya berlagak kaya.
Pemikiran apa ini?

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
9/1/2010 jam 9:49 malam waktu tempatan

Monday, January 4, 2010

new school, new rules

As well as semua orang dah tahu aku pindah ke sekolah baru. Bagi aku sekolah baru masih baru. Aku perlu masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Sekolah baru aku memang sesak. FUHHHH. Kalah konset AF wa cakap luuuuu. Peraturan dia memang ketat. Kantin dia memang agak berbeza dengan kantin sekolah aku yang lama.

Tapi, cikgu dia memang ajar bagus. Sampai aku terpikat pada cikgu yang mengajar aku Lukisan Kejuruteraan. Kawan - kawan dekat sana memang peramah. Aku rasa tak pernah jumpa orang seperamah tu. Bila aku bebual dengan diorng, rasa macam dah kenal lama je. Kan Nazihah?

Ohh. Ramai juga yang tanya kenapa aku tak amik pure science padahal result aku layak amik pure science. Ni sebab dia :-

Sebab utama :
Saya tak minat science dan cita - cita saya tak ada kene mengena dengan subject science

Sebab ransangan :
Nanti nazihah nak kawan dengan sapa? HAHA.

Jadi aku menang dah tersukan subjek kejuruteraan ni. Memang dah tersuka. Okay ini adalah senarai 10 subject yang aku akan amik masa SPM 2011.
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa English
  3. Mathematic
  4. Pendidikan Islam
  5. Sejarah
  6. Physics
  7. Chemist
  8. Add Math
  9. Lukisan Kejuruteraan
  10. Teknologi Kejuruteraan

Hopefully aku akan dapat resut yang cemerlang. Aminnnn.

Bagi yang tak tahu :
Nazihah tu BFF saya. Dia pon dari sekolah lama saya. Dia dengan saya sama - sama pindah ke sekolah ini. Dia dengan saya sama kelas sekarang. Esok lusa tak tahu lagi. HAHA

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
4/1/2010 jam 10:54 malam waktu tempatan

Saturday, January 2, 2010

rahsia dah terbongkar!

Haah. Akhirnya rahsia dah terbongkar. Aku akan pindah sekolah. Bersama - sama dengan Nazihah. Sebelum tu, lupa nak cakap HELLO. Ramai yang tanya kenapa? Asal? Why? Sebab sekolah yang aku pindah ni, lagi jauh dari rumah aku. Dan ramai juga yang buat andaian yang aku dah tak sayang lagi sekolah lama. Aku nak cari member aku baru. Aku dah tak nak kawan dengan member sekarang. AHHHH. Macam - macam lagi.

Sejujurnya, aku sayang sekolah DESA SKUDAI. Sangat - sangat. Aku sayang kawan - kawan aku, cikgu - cikgu aku, senior dan junior aku, pakcik dan makcik kantin, guard sekolah, tukang kebun, makcik cleaner, kerani sekolah . YA ALLAH, semua aku sayang.

Dekat sekolah ni jugalah aku belajar macam - macam. Aku belajar berada di atas. Aku belajar berada di bawah. Aku belajar hidup sorang - sorang. Aku belajar hidup beramai - ramai. Menangis, ketawa, gembira, bahagia, sedih ahhhh. Memang pelbagai - bagai. Bagi aku, value of friendship memang yang paling banyak aku belajar.

Aku tak suka memilih. Sebab aku memang tak tahu nak memilih. Antara masa depan atau kawan - kawan. Bila aku pikir balik, kawan - kawan pon masa depan aku jugak. Berada di sekolah yang lebih baik, mungkin buatkan masa depan aku lebih cerah.

Statement ini bukan aku nak cakap sekolah DESA SKUDAI tak bagus. Tapi kadang - kadang kita kena cari yang lebih baguskan?

Jadi, kepada semua budak - budak DESA SKUDAI, sorry. Dah nak naik sekolah baru aku cakap nak pindah. Sorry. Lisdah, jaga Raihan tau dekat sana. Zul belajar baik - baik, nanti mintak cikgu ajar kalau tak faham soalan math. Jangan meniru lagi tau. Raihan, jangan lupa aku tau. Aku mesti tak lupakan kau. Lagi la, cara kau nganjeng semua. HEHE.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
2/1/2010 jam 11:22 pagi waktu tempatan

Friday, January 1, 2010

lamanya

Ezatul Hani kenapa sudah lama awak tidak update blog? Sibukkah anda. Atau apa terjadi dengan internet anda?

Oh tidak. Semuanya baik-baik saja. Cuma, aku tiada mood menulis. Macam - macam berlaku holiday kali ini. Macam - macam tempat aku pergi. Penat.

Pergi Melaka tiga hari. Lepas tu terus demam.

Pergi Batu Pahat dua hari. Dan demam lagi. =.=

Aku jugak pergi Zoo JB dan Istana garden. COOL tempat tu. HAHA

Pergi wetworld batu pahat satu hari. Terus sunburn. Hitam terbakar kulit aku. Berapa lama dia nak jadi putih balik ni?

Ohh. Ya. Pasal result PMR aku. Yess. I did. Aku bangga dengan keputusan aku 100%. Tak lupa jugak kepada pakcik, makcik, abah, mama dan juga kakak yang sudi menghulur sedikit sebanyak ringgit malaysia kepada saya di atas kecemerlangan result saya. OH. Terima kasih. Jasa anda akan ku kenang.

Oh newyear. Pada 3/1/2010 aku akan pergi ke UMALL. Dengan kawan - kawan. Ada kejutan buat mereka. AHHH. Tak sabarnyaa. Rindu sekolah.

Aku harap yang terbaik pada 2010. Nini, jangan menangis lagi. HAHA. Amin.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
1/1/2010 jam 2:23petang waktu tempatan