Saturday, December 12, 2009

Kenduri Kahwin

Hello. Selamat Berbahagia. Hari ni cerita aku mungkin agak menarik. Tadi dalam pukul 2 petang aku ikut abah pergi kenduri kawin. Agak sesaklah jugak. Macam dekat shopping complex kau.

Lepas aku dah amik makanan, aku carik tempat. Duduk dengan abah. Masa aku tengah makan, aku ternampak seorang lelaki. Mungkin umur dia agak sebayalah dengan aku. Dia pakai kemeja dan kepala dia lengkap songkok. Ada lelaki 50-an duduk sebelah dia. Bapak dia aku rasa.

Bila aku pandang dia je, memang dia nampak pelik. Sebab dia makan habis tumpah - tumpah. Masa tu memang aku agak dia buta. *Maaf, sedikit kasar. Tapi aku taklah pandang rendah pada dia or rasa jijik dengan dia. Rasa kesian adalah.

Bila dia habis makan, aku dengar dia cakap dengan bapak dia, 'Ayah nak minum'. Ayah dia kata, pergilah amik dekat sana. Dia bangun dan pergi ke tempat amik air tuh. Tanpa bantuan. Aku dah bengang je. Rasa bersalah tuduh dia macam - macam.

Tapi, bila dia dah isi air, dia datang balik dekat ayah dia. Aku baru perasan, cara dia jalan, pelik. Badan dia tak dapat stabil sendiri. Agak terhuyung - hayang. Dia duduk balik, aku diam je. Mungkin dia orang istimewa. Fahamkan?

Semakin lama, aku semakin belajar tentang hidup. Aku mahu belajar, belajar dan belajar lagi. Bersyukurlah kita di lahirkan sempurna semuanya. Tak cacat sikit pon. Janganlah kau bongkak dengan rupa yang kau ada.

Cuba kau bayangkan kalau kau lelaki tadi?
Atau lebih teruk dari tadi.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
12/12/2009 jam 6:38 petang waktu tempatan


0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap