Thursday, December 10, 2009

ilham dari CAMERON HIGHLAND

Hello. Aku balik dari Cameron tak cerita apa-apa pon kan? So, hari ni aku nak cerita sikit. Aku tak tahu entry aku akan jadi panjang atau pendek, tapi aku cuba menulis seringkas dan sepadat yang boleh. Okay, geng? *macam ramai sangat baca blog aku.

Situasi ni berlaku pada hari kedua aku berada di Cameron. Hari kedua hari paling memenatkan sebab banyak event hari tu. Mula - mula minum pagi. Then pegi cactus velly, kedai cenderamata, ladang teh , ladang stawberry dan pasar . Mula pagi dan habis pukul dua petang tak silap aku. Akhir destination kitorang petang tu dekat food court. Aku dengan yang lain makan tengah hari time tuh. Aku ingat lagi time tu aku order mee sup. Walaupun time tuh pukul dua lebih petang, cuaca tetap sejuk. Faktor ketinggian barangkali.

Masa aku makan, aku nampak ada sorang aunty ni. Cina. Tiga meter jarak daripada aku. Umur lebih kurang 30+. Yang aku misteri, aunty ni pakai baju relax je. Macam tak sejuk langsung. Dia pandang aku makan. Dia senyum dan aku bals balik senyuman dia.

Lepas aku makan, dia masih ada. Then aku nak blah dari situ. Time tu baru aku perasan. Tangan dia ada satu bekas polisterin. Dalam bekas tuh ada nasi. Banyak nasi dalam bekas tu. Tapi nasi tu campur-campur. Ada yang dah gaul dengan sambal, ada yang dah gaul dengan kicap ada yang masih putih. Semuanya di letakkan dalam satu polisterin. Time tu riak muka aku memang dah lain. Aku tenganga dan mata aku membulat time tuh.

Bila aku bangun dari meja je, dia terus datang dekat dengan meja aku. Dia amik nasi ayam yang kawan aku tak habis makan, dia masukkan dalam polisterina dia. Mata aku dah makin bulat. Mulut aku dah bukan makin besar. Dia pandang aku, dia senyum ikhlas gila wei. Aku pandang dia aku senyum then aku terus berpaling. Tak sanggup aku nak tengok.

Malam lepas aku makan malam, aku tengok TV3. Anugerah skrin. Lepas tu mata aku tak tahan. Pukul sepuluh lebih aku masuk bilik. Sebelum aku tidur, sempat jugak aku pikir


Agak - agak aunty tu dah makan malam tak? ... ....


*GOODNIGHT and SWEETDREAMS nini. zzZZZZZzzzZZZ

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
10/12/2009 jam 3:02 pagi waktu tempatan


0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap