Wednesday, December 2, 2009

bibir berdarah lagi!

Jam di dashbord laptop aku menunjukkan tepat jam 3:33 pagi. Mata aku refuse untuk tidur. Masih taksub melayan myspace dan facebook. Juga sebok menerjah ke beberapa blog, sekadai cuci mata katanya. Nafsu aku tiba-tiba terdorong menulis sesuatu.

Okay. Pasal bibir. Badan aku sangat sensetive aku rasa. Memerlukan banyak air. Jadi bila cuti sekolah, aku kurang minum air. Duduk dalam bilik jelah kerja aku. Makan nasi sehari sekali masa tengah hari. Tu pun, aku makan tengah hari biasanya pukul 6:30 petang. Carakan? Naik sekolah, elak aku kurus macam Raihan je. *Sekadar mempromote. Ha Ha.

Di sebabkan badan aku kurang mineral dan kurang air, jadi bibir aku jadi kering. Kering sampai kulit bibir aku boleh terkopek. Bila aku ketawa malam-malam buta ni (akibat membaca blog orang yang tak perlu aku sebutkan nama di sini nanti dia terasa), bibir aku jadi meregang dan terjadi tindakan refleks lalu menyebabkan bibir aku terkoyak. Keluar cecair merah. (Tolong jangan kata yuckss. Aku sangat menahan sakit sekarang)

Aku kemam je bibir aku. Lari pergi ke dapur dan minum air. Welk!! Rasa nak muntah. Masalah aku, kalau minum air sebab terpaksa memang rasa nak muntah. Tutup cerita pasal bibir.

By the way, hari ni, aku nak pergi tengok NEWMOON. Aku rasa teruja gila! Tak saba bahhhhh. Nanti aku bagi feedback pasal cerita tu. Okay?

Dan esok pulak, aku pergi ke Cameron Highlands. Holiday. Yeayyy! Nanti, aku snap picture banyak dekat sana tau! I'm hopping that there will be a lots of fun there! Amin!

Contengan:
Dah lama aku tak minum air teh bunga. Whoahhh! Favourite tuhhhh. Biasa dekat sekolah ada jual. Duduk rumah, tak keluar pon. Minum air teh panas jelah.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
2/12/2009 jam 4:14 pagi waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap