Saturday, December 12, 2009

Kenduri Kahwin

Hello. Selamat Berbahagia. Hari ni cerita aku mungkin agak menarik. Tadi dalam pukul 2 petang aku ikut abah pergi kenduri kawin. Agak sesaklah jugak. Macam dekat shopping complex kau.

Lepas aku dah amik makanan, aku carik tempat. Duduk dengan abah. Masa aku tengah makan, aku ternampak seorang lelaki. Mungkin umur dia agak sebayalah dengan aku. Dia pakai kemeja dan kepala dia lengkap songkok. Ada lelaki 50-an duduk sebelah dia. Bapak dia aku rasa.

Bila aku pandang dia je, memang dia nampak pelik. Sebab dia makan habis tumpah - tumpah. Masa tu memang aku agak dia buta. *Maaf, sedikit kasar. Tapi aku taklah pandang rendah pada dia or rasa jijik dengan dia. Rasa kesian adalah.

Bila dia habis makan, aku dengar dia cakap dengan bapak dia, 'Ayah nak minum'. Ayah dia kata, pergilah amik dekat sana. Dia bangun dan pergi ke tempat amik air tuh. Tanpa bantuan. Aku dah bengang je. Rasa bersalah tuduh dia macam - macam.

Tapi, bila dia dah isi air, dia datang balik dekat ayah dia. Aku baru perasan, cara dia jalan, pelik. Badan dia tak dapat stabil sendiri. Agak terhuyung - hayang. Dia duduk balik, aku diam je. Mungkin dia orang istimewa. Fahamkan?

Semakin lama, aku semakin belajar tentang hidup. Aku mahu belajar, belajar dan belajar lagi. Bersyukurlah kita di lahirkan sempurna semuanya. Tak cacat sikit pon. Janganlah kau bongkak dengan rupa yang kau ada.

Cuba kau bayangkan kalau kau lelaki tadi?
Atau lebih teruk dari tadi.


ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
12/12/2009 jam 6:38 petang waktu tempatan


Thursday, December 10, 2009

ilham dari CAMERON HIGHLAND

Hello. Aku balik dari Cameron tak cerita apa-apa pon kan? So, hari ni aku nak cerita sikit. Aku tak tahu entry aku akan jadi panjang atau pendek, tapi aku cuba menulis seringkas dan sepadat yang boleh. Okay, geng? *macam ramai sangat baca blog aku.

Situasi ni berlaku pada hari kedua aku berada di Cameron. Hari kedua hari paling memenatkan sebab banyak event hari tu. Mula - mula minum pagi. Then pegi cactus velly, kedai cenderamata, ladang teh , ladang stawberry dan pasar . Mula pagi dan habis pukul dua petang tak silap aku. Akhir destination kitorang petang tu dekat food court. Aku dengan yang lain makan tengah hari time tuh. Aku ingat lagi time tu aku order mee sup. Walaupun time tuh pukul dua lebih petang, cuaca tetap sejuk. Faktor ketinggian barangkali.

Masa aku makan, aku nampak ada sorang aunty ni. Cina. Tiga meter jarak daripada aku. Umur lebih kurang 30+. Yang aku misteri, aunty ni pakai baju relax je. Macam tak sejuk langsung. Dia pandang aku makan. Dia senyum dan aku bals balik senyuman dia.

Lepas aku makan, dia masih ada. Then aku nak blah dari situ. Time tu baru aku perasan. Tangan dia ada satu bekas polisterin. Dalam bekas tuh ada nasi. Banyak nasi dalam bekas tu. Tapi nasi tu campur-campur. Ada yang dah gaul dengan sambal, ada yang dah gaul dengan kicap ada yang masih putih. Semuanya di letakkan dalam satu polisterin. Time tu riak muka aku memang dah lain. Aku tenganga dan mata aku membulat time tuh.

Bila aku bangun dari meja je, dia terus datang dekat dengan meja aku. Dia amik nasi ayam yang kawan aku tak habis makan, dia masukkan dalam polisterina dia. Mata aku dah makin bulat. Mulut aku dah bukan makin besar. Dia pandang aku, dia senyum ikhlas gila wei. Aku pandang dia aku senyum then aku terus berpaling. Tak sanggup aku nak tengok.

Malam lepas aku makan malam, aku tengok TV3. Anugerah skrin. Lepas tu mata aku tak tahan. Pukul sepuluh lebih aku masuk bilik. Sebelum aku tidur, sempat jugak aku pikir


Agak - agak aunty tu dah makan malam tak? ... ....


*GOODNIGHT and SWEETDREAMS nini. zzZZZZZzzzZZZ

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
10/12/2009 jam 3:02 pagi waktu tempatan


Tuesday, December 8, 2009

tajuk pon tak da :D

Ohh. Imiginasi aku berada di tahap luar biasa hari ini. Aku mahu menulis tanpa sebarang idea. Jangan marah kalau aku mebebel tanpa isi. Okay?

Mulai besok, aku dah jarang online. Myspace, Facebook, YM apatah lagi blogspot. Sebab tepat jam 3 lebih petang hari ni waktu tempatan, kakak aku habis SPM. Jadi aku terpaksa berkongsi menggunakan laptop ini denganya.

Tapi tak apalah. Online lama-lama pon bosan jugakkan. So kawan-kawan di alam maya, will be missing you guys!

Contengan :
Perghh Betul-betul tiada idea untuk menulis. :(

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
8/12/2009 jam 12:07 pagi waktu tempatan

Wednesday, December 2, 2009

NEWMOON - TWILIGHT SAGA

Sorry. Aku tak sempat cari gambar untuk entry kali ni. Lagi satu jam aku akan bertolak ke Cameron Highlands. Kawan - kawan, doakan perjalanan pergi dan balik aku. Aku pergi tiga hari dua malam. Mungkin, hari sabtu aku dah sampai semuala ke Johor Bahru. Don't miss me ya! He He.

NEWMOON. Cerita tu rating dia makin naikkan? Memang cerita tu tergantung. Tapi cerita tu memang aku suka. Daripada Twilight, memang Newmoon lebih berbeza. Banyak sudut. Action dia, memang aku terbayang-bayang sampai sekarang. Pada aku, cerita tu sedih. Sebab aku rasa aku team Jacob. Jacob banyak tolong Bella, tapi Bella tetap nak Edwardkan? Itu paling sedih.

Bila aku tengok cerita tu, memang aku tak suka Edward. Aku kesiankan Jacob. Dan aku tak rasa apa-apa pasal Bella. Aku suka, bila Jacob dah jadi wolf. Dan bila Bella dah discover Jacob tu adalah wolf. Memang babak tu thrill! Aku kagum dengan IT matsalleh edit cerita tuh. Bertambah - tambah BOMBASTIK.

Aku tak saba tunggu yang seterusnya. Panjang lagi riwayat cerita tukan? Banyak siri. Memang aku akan tengok.

Okay. Itu jelah feedbacks yang boleh aku bagi.

Contengan:
Sepanjang aku pegi Cameron memang aku tak dapat onlinelah. Kalau ada apa - apa, boleh tinggalkan dkt ruangan CHATBOX bahagian sebelah kiri. Okay untuk semua kawan - kawan. ByeBye. Don't miss me! HA HA :)

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
3/12/2009 jam 6:20 pagi waktu tempatan

bibir berdarah lagi!

Jam di dashbord laptop aku menunjukkan tepat jam 3:33 pagi. Mata aku refuse untuk tidur. Masih taksub melayan myspace dan facebook. Juga sebok menerjah ke beberapa blog, sekadai cuci mata katanya. Nafsu aku tiba-tiba terdorong menulis sesuatu.

Okay. Pasal bibir. Badan aku sangat sensetive aku rasa. Memerlukan banyak air. Jadi bila cuti sekolah, aku kurang minum air. Duduk dalam bilik jelah kerja aku. Makan nasi sehari sekali masa tengah hari. Tu pun, aku makan tengah hari biasanya pukul 6:30 petang. Carakan? Naik sekolah, elak aku kurus macam Raihan je. *Sekadar mempromote. Ha Ha.

Di sebabkan badan aku kurang mineral dan kurang air, jadi bibir aku jadi kering. Kering sampai kulit bibir aku boleh terkopek. Bila aku ketawa malam-malam buta ni (akibat membaca blog orang yang tak perlu aku sebutkan nama di sini nanti dia terasa), bibir aku jadi meregang dan terjadi tindakan refleks lalu menyebabkan bibir aku terkoyak. Keluar cecair merah. (Tolong jangan kata yuckss. Aku sangat menahan sakit sekarang)

Aku kemam je bibir aku. Lari pergi ke dapur dan minum air. Welk!! Rasa nak muntah. Masalah aku, kalau minum air sebab terpaksa memang rasa nak muntah. Tutup cerita pasal bibir.

By the way, hari ni, aku nak pergi tengok NEWMOON. Aku rasa teruja gila! Tak saba bahhhhh. Nanti aku bagi feedback pasal cerita tu. Okay?

Dan esok pulak, aku pergi ke Cameron Highlands. Holiday. Yeayyy! Nanti, aku snap picture banyak dekat sana tau! I'm hopping that there will be a lots of fun there! Amin!

Contengan:
Dah lama aku tak minum air teh bunga. Whoahhh! Favourite tuhhhh. Biasa dekat sekolah ada jual. Duduk rumah, tak keluar pon. Minum air teh panas jelah.

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
2/12/2009 jam 4:14 pagi waktu tempatan