Tuesday, November 3, 2009

satu ayat terbaik untuk describe aku

"LAME"
Lame itu bukan lama. Lame itu perkataan Bahasa Inggeris yang aku ambil. Bermaksud kuno.

Susah nak percayakan? Aku nih kuno. Kuno yang amat. Kalau ade markah 10, aku boleh dapat lima sahaja. Memang. Aku kurang mengambil tahu tentang isu semasa. Terutamanya politik. Kalau bagi aku tak penting, aku takkan ambik tahu tentang segala sesuatu itu.

"Dah potong ke belum?"

Tahu itu? Iklan ter'famous' sekali. Aku tak tahulah sejak bila iklan tu mula di tayangkan. Dekat sekolah, semua orang haruk iklan tu. Soalan tu di tanya berkali-kali. Yang paling malang bila ada segelintir budak Melayu yang tanpa segan silunya tanya soalan itu kepada budak India dan Cina.

Oh. Sebenarnya bukan itu yang aku nak cakap. Tapi, apa yang aku nak cakap adalah :
Aku tak pernah tengok iklan tu, sekali pon tak pernah.

"Besar punya!"


Kau tahu itu? Juga, aku tak pernah tengok iklan itu. Yang sekarang menjadi bualan hangat dekat sekolah. Sedihkan aku?

Rindunya pada radio. Dah lama aku tak dengar radio. Aku hanya dengar radio setiap pagi nak ke sekolah. Itu pun hanya dalam kereta. Tolong jangan tanya aku tentang lagu-lagu terbaru. Sesungguhnya, aku lemah tentang itu. Aku baru tahu, di radio carta HOT FM(satu-satunya radio aku dengar), lagu BENGANG daripada Akim menduduki carta pertama. Wahhh. Cayalah!

Contengan :
Aku dah buat mukabuku. Baru punya. Yang lama. Dah di hapus. Di bahagian sebelah kiri, korang scroll sikit, ade link menuju ke mukabuku aku. Boleh add. Mana tahu, boleh berkongsi-kongsi idea.


Dicanang oleh EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR
tepat pada 6:55 petang, waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap