Monday, November 2, 2009

Maafkan Saya / I'm Sorry


Apa makna maaf bagi anda? Maaf atau lebih sinonim dengan perkataan sorry. Bagi aku, sorry or maaf ni adalah ayat yang akan disebut apabila kita buat sesuatu kesalahan. Tapi, sorry dan maaf juga adalah ayat mudah bagi mengaku kesalahan. Nak contoh ?

Cikgu : Sapa yang pecahkan cermin tingkap kelas ni?
Abu : Maafkan saya, Cikgu!
Cikgu : Saya nak awak ganti RM5.00
Abu : Baiklah, Cikgu.

Tengok tuh. Abu takde pon cakap die dah pecahkan tingkap. But bila die cakap "Maafkan saya, Cikgu!" , automatic Cikgu tu faham bahawa Abu tu lah yang pecahkan cermin tingkap kelas. Aku tahu. Tak ramai orang boleh mengaku kesalahan sendiri. So, korang bolehlah try ayat MAAFKAN SAYA ni apabila dalam keadaan terdesak.

Itu baru mukadimah. Belum masuk isi utama apa yang aku nak cerita. Okay. Tadi. Dalam pukul 2 petang, time aku tengah busy online, tiba-tiba telefon rumah bunyi. Since aku sorang je dekat rumah, so aku pun berlarilah dan angkat telefon tu. Then nilah conversation yang boleh aku tulis. Tak sama dengan coversation yang sebenar, biasalah, otak aku bukan boleh merakam segala sesuatu. Tapi, jangan risau, aku tak mengubah sikitpun makna perbualan.

Aku : Hello
Si pemanggil misteri : (Diam. Lama dia diam. Lamaa .. .. .... .....)

Aku : Hello! (Tinggikan nada suara)
Si pemanggil misteri : Wei..... Hello .. bla bla bla bla blaa..
(Dia cakap bahasa cina. Sepatah aku tak faham. Mungkin dia ckp "Wei kawan, jom singgah CS tengok wayang jap". Aku agak saje)

Aku : Emmm. I think 'wrong number'.
Aku kerutkan dahi sambil cakap ayat tuh. Saja cakap bahasa Jawa. Kut die tak faham bahasa Melayu kang)

Then .. ... ..... "TUTTTT TUTTTTT TUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!"


Die letak telefon. Benganglah tu. Aku faham sangatlah. Heyshh. Cuma aku pelik, susah ke cakap 'SORRY'? Masalah daaa. Dia curik lima minit berharga aku. (Ya. aku sayang lima minit lebih dari satu jam. Knp? Ta tau)

Aku faham. SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORDS kan? "Maafkan saya." Tak semua orang boleh cakap ayat tu walaupon dah sah-sah dia yang salah. Manusia memang ada satu sifat. EGO. Rasa maruah jatuh bila sebut "I'm Sorry/ Maafkan saya" Aku pon macam tu. Tapi, dalam situasi macam ni, cakap akan cakap SORRY. Lebih berbudi bahasakan? Lagi pun, orang tu bukan tahu kita siapakan? Hmm.

Aku mengaku. Aku seseorang yang susah mintak maaf. Walaupon aku tahu aku silap. Apetah lagi kena mintak maaf bukan kesalahan sendiri. Ego tinggi. Tapi, bila aku berhadapan dengan situasi yang tiada jalan keluar, aku akan facing dengan 'orang tersebut' dan mintak maaf. Nampak senang. Tapi susah sebenarnya.

Tangan terketar-ketar. Bibir mengiggil. Otak ligat mengatur ayat. Hati ragu-ragu. Jantung bergedup. Mata tak tahu nak campakkan dekat mana. Berfikir. Dan berfikir. Agak- agak dia nak maafkan aku tak? Jap lagi mulut kata maafkan. But dalam hati maki-maki. Situasi nilah paling aku tak suka.

Kepada peminta maaf, mintaklah maaf secara lembut. Sebab kita tak pasti orang itu dapat maafkan kita tak. Tujuan meminta maaf untuk pulihkan keadaaan. Janganlah sebab nak mintak maaf, keadaan lagi keruh.

Kepada si penerima maaf
, janganlah pandang rendah dan bongkak bila orang lain meminta maaf kepada kita. Ingat, perkataan maaf tu perkataan yang susah nak di cakap. Hargai permintaan maaf dia. MEMAAFKAN MAAF TU ADALAH DENDAM YANG PALING MUJARAB!

Dicanang oleh EZATULHANIBINTIYUSUFAKMAR
tepat pada
7: 40 malam waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap