Sunday, November 15, 2009

kenapa aku tak tulis shortform

Soalan tu makin banyak aku dapat. Kenapa? Entah. Mungkin orang Malaysia tak suka aku tulis panjang-panjang macam ni. Tapi tak pa, aku suka. Dekat bawah ni adalah sebab kenapa aku tak tulis shortform. Kalau tak dapat terima sebabnya tak pa. Aku faham. Biasalahkan?

  • Aku sayang bahasa Melayu aku dan aku tak nak cemarkan bahasa Melayu. Kau rakyat Malaysiakan? Jangan dok banggakan sangat bahasa barat tuh!
  • Sebab aku suka menaip. Jadi kalau aku tulis shortform, kadar kelajuan aku dalam menaip tak dapat diuji sepenuhnya.
  • Sebab aku terpengaruh dengan Zahiril Adzim. Siapa dia? Klik sini untuk baca blog dia. Sumpah. Tulisan dia mantap!

Trivia:
Markah Bahasa Inggeris aku lebih tinggi daripada markah Bahasa Melayu. Tapi jangan risau, aku tetap lebih suka budu daripada cheese!

Tapi aku still manusia biasa yang kadang-kadang tuh terguna shortform. Biasanya aku pakai shortform dekat message handpone dan comment myspace. Tapi, aku bukan tulis ala-ala gedik contoh :

tak tawuh nak mamam apew pewtunk niewh sebap pewot sakit gilewr! mak itew ckp itew neh gewdix sebap itew ta nak mamam.

Sebab aku rasa aku dah 15 tahun so tak perlu nak tulis ayat pelat tuh. Sumpah. Gedik gile! Yang membuatkan aku rasa lagi menyampah bila macam ni:

TaK tAwUh NaK maMam ApEW peWTunK nIeWh SeBaP peWoT ......

Aku malas nak tulis lagi. Penat tulis macam tuh. Yang paling kelakar ada yang tulis mcm ni jugak:

+@k +@#u n@k m@k@n @pew pew+@ng n!ew#

Perghh. Lagilah bingit. Tu bukan cara untuk korang tunjukkan kreativiti korang. Sakit hari aku kalau dapat comment myspace macam tuh.

Siapa yang dah baca then dah terasa tuh, berubahlah. Okay?

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
16/11/2009 jam 5:51 petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap