Friday, November 13, 2009

Baca Dengar dan Faham

Kalau ikutkan hati dan perasaan, tiap-tiap hari aku nak menulis cerita. Tapi aku tahu, tak semua orang suka membaca. Satu rahsia, sebelum entry aku di publish, kebiasaannya aku akan baca berulang-ulang kali enty tersebut dan membetulkan apa-apa yang salah. Kadang-kadang tak ada apa-apa pon salah. Cuma aku terpaksa pendekkan cerita yang aku tulis. Banyak ayat-ayat yang aku kurang penting aku akan cut. Macam buat rombakkanlah. Dah sempurna, baru aku publish.

Sebab, aku nak mengelakan entry aku penuh dengan anasir-anasir yang tidak bersesuaian untuk seisi keluarga baca. Lagi pon, mana orang suka baca entry-entry yang panjang berjela-jelakan? Sebenarnya, daripada menulis, aku lebih suka bercakap. Bagi aku, senang nak faham. Lebih cepat. Kan? Tapi , tak ramai suka mendengar. Ramai maunusia lebih suka bercakap dan meminta supaya di dengar. Ramai manusia suka menulis dan meminta di baca. Ramai manusia meminta di fahami tapi tak pernah nak memahami. Wujudnya warga - warga yang pentingkan diri sendiri.

Konkulusinya,
Aku menulis dan kemudian aku baca apa yang aku tulis.
Aku bercakap untuk aku mendengar apa yang aku bualkan.
Aku cuba memahami diri sendiri lebih daripada orang lain
dan aku belajar hilangkan rasa pentingkan diri sendiri.

Contengan :
Aku makan PAPAROTI tadi. Nak tahu, itu kali pertama aku makan PAPAROTI. hahaha. Sebelum ni aku tak berani nak cuba. Tapi tadi ,kawan-kawan suruh aku try. Aku cubalah. Sedap. Sedap. Nanti kalau pergi Jusco, boleh beli!

dicanang tepat oleh EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
11/11/2009 jam 6:39 petang waktu tempatan

0 comment(s):

Post a Comment

Beramal ketika bercakap