Saturday, November 28, 2009

myspace is getting nuts!

Sorry Tom. Bukan aku nak cakaplah. Tapikan memang kebenaran.
  • Kalau ada friendrequest dia tak inform. Kadang - kadang dia terus approvekan.
  • Gambar yang kita upload jadi rosak dan pecah - pecah. Even pakai DSLR.
  • Kalau dapat mail, dia simpan sampai ada banyak, baru dia inform dekat kita.
  • Kalau kita buat link dekat myspace, nanti tak boleh bukak link tu. Asyik error je.
  • Kadang - kadang tak boleh bukak notification contoh comment approval , tagged photos dll.
  • Yang lebih malang home pon tak boleh bukak.
  • Kenapa ada sistem out of daily usage? Ada limit nak comment orang pulak.
  • Dah tu kan, myspace banyak tiru facebook. =.=
Macam mana nak bertahan dengan myspace macam ni? Lepas ni layan YM je lah. Tak pon bloggingkan?

GOOGLE CHROME aku pon buat hal jugak.


Wednesday, November 18, 2009

sempurna / perfect


Orang yang sempurna adalah orang yang menerima segala sesuatu yang tidak sempura
The person who is perfect will accept all those unperfect things
Sekarang barulah aku tahu kenapa tak ada orang yang sempurna dalam hidup ni. Sebab mana ada orang yang nak terima benda yang tak sempurna. Kan?

Tapi. Saya ada banyak kawan. Banyak sangat. Saya rasa diorang memang kawan yang sempurna. Sebab diorang terima saya yang tak sempurna. Saya sayang diorang tau. Ahhhh.

Terima Kasih kawan-kawan!

Tiga tahun dengan diorang. Mana tak sayang?
Tiga tahun dengan diorang. Faham sangat aku dengan perangai diorang.
Kalau satu masa nanti kita berpisah, mesti rindukan?

Kalau tiga tahun sebelum ni, aku masuk sekolah blur-blur. Tak kenal sapa-sapa. Pakai cermin mata pon senget je kan? Kena orentasi dalam dewan 1 minggu. Time tu semua baju putih kasut putih. Nampak alim je. Sekarang dah lain dah. Semua dah matang dah. Ha Ha.

Yang nak pindah tuh, jangan nakal-nakal tau. Ingat aku dan semua kawan-kawan dekat sini. Kalau ada jodoh, mesti jumpa lagi!

Credit to batch form 3 SMK TDS 2009

Photobucket


Contengan :
Kalau suatu hari aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal, ketahuilah, aku gembira bertemu dengan mu , SAHABAT!

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
18/11/2009 jam 8:49 pagi waktu tempatan



Sunday, November 15, 2009

kenapa aku tak tulis shortform

Soalan tu makin banyak aku dapat. Kenapa? Entah. Mungkin orang Malaysia tak suka aku tulis panjang-panjang macam ni. Tapi tak pa, aku suka. Dekat bawah ni adalah sebab kenapa aku tak tulis shortform. Kalau tak dapat terima sebabnya tak pa. Aku faham. Biasalahkan?

  • Aku sayang bahasa Melayu aku dan aku tak nak cemarkan bahasa Melayu. Kau rakyat Malaysiakan? Jangan dok banggakan sangat bahasa barat tuh!
  • Sebab aku suka menaip. Jadi kalau aku tulis shortform, kadar kelajuan aku dalam menaip tak dapat diuji sepenuhnya.
  • Sebab aku terpengaruh dengan Zahiril Adzim. Siapa dia? Klik sini untuk baca blog dia. Sumpah. Tulisan dia mantap!

Trivia:
Markah Bahasa Inggeris aku lebih tinggi daripada markah Bahasa Melayu. Tapi jangan risau, aku tetap lebih suka budu daripada cheese!

Tapi aku still manusia biasa yang kadang-kadang tuh terguna shortform. Biasanya aku pakai shortform dekat message handpone dan comment myspace. Tapi, aku bukan tulis ala-ala gedik contoh :

tak tawuh nak mamam apew pewtunk niewh sebap pewot sakit gilewr! mak itew ckp itew neh gewdix sebap itew ta nak mamam.

Sebab aku rasa aku dah 15 tahun so tak perlu nak tulis ayat pelat tuh. Sumpah. Gedik gile! Yang membuatkan aku rasa lagi menyampah bila macam ni:

TaK tAwUh NaK maMam ApEW peWTunK nIeWh SeBaP peWoT ......

Aku malas nak tulis lagi. Penat tulis macam tuh. Yang paling kelakar ada yang tulis mcm ni jugak:

+@k +@#u n@k m@k@n @pew pew+@ng n!ew#

Perghh. Lagilah bingit. Tu bukan cara untuk korang tunjukkan kreativiti korang. Sakit hari aku kalau dapat comment myspace macam tuh.

Siapa yang dah baca then dah terasa tuh, berubahlah. Okay?

ditulis tepat oleh Cik EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
16/11/2009 jam 5:51 petang waktu tempatan

Saturday, November 14, 2009

2012


Aku tadi pergi u-mall dengan kawan aku. Dah lama aku tak tengok wayang. Yang kelakar, aku terpaksa pergi tandas dua kali masa tengok wayang tuh. Sebab sejuk sangat kut. Then, aku try coldblog. Haha. Sedap. Bagi yang tak tahu coldblog tuh ice blanded yang semakin famous dekat Malaysia nih!

Sebenarnya aku nak cerita banyak. Tapi keadaan tak mengizinkan. Aku demam nih. Selsema teruk. Hingus meleleh. Jadi, aku tak boleh menaip banyak-banyak. Tangan pon dah mengigil -gigil. Dekat sini cuaca hujan. Aku jarang demam. But bila dah demam, teruk. Ahh. Hingus aku meleleh. Aku nak berehat. Tak sanggup type lagi.

Klik sini untuk baca sinopsis Filem 2012 dalam bahasa Melayu.

Keseluruhannya, cerita ni memang best. Teknik CGI yang dia gunakan pon nampak realistik. Kalau layan cerita tu, memang boleh meleleh air matalah. Cerita tu banyak menerangkan tentang kasih sayang sesama keluarga. Ramai - ramai boleh enjoy cerita ni. Boleh ajak sekeluarga!

Comtengan :
Makin lama, makin ramai yang tanya kenapa aku tak tulis short form lagi. Kenapa? Ha Ha. Tunggu entry yang seterusnya. Aku akan cakap kenapa. Tapi aku tak janji tau. Kenapa? Sebab masa menulis aku terhad!

dicanang tepat oleh EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
15/11/2009 jam 6:47 petang waktu tempatan



Friday, November 13, 2009

Baca Dengar dan Faham

Kalau ikutkan hati dan perasaan, tiap-tiap hari aku nak menulis cerita. Tapi aku tahu, tak semua orang suka membaca. Satu rahsia, sebelum entry aku di publish, kebiasaannya aku akan baca berulang-ulang kali enty tersebut dan membetulkan apa-apa yang salah. Kadang-kadang tak ada apa-apa pon salah. Cuma aku terpaksa pendekkan cerita yang aku tulis. Banyak ayat-ayat yang aku kurang penting aku akan cut. Macam buat rombakkanlah. Dah sempurna, baru aku publish.

Sebab, aku nak mengelakan entry aku penuh dengan anasir-anasir yang tidak bersesuaian untuk seisi keluarga baca. Lagi pon, mana orang suka baca entry-entry yang panjang berjela-jelakan? Sebenarnya, daripada menulis, aku lebih suka bercakap. Bagi aku, senang nak faham. Lebih cepat. Kan? Tapi , tak ramai suka mendengar. Ramai maunusia lebih suka bercakap dan meminta supaya di dengar. Ramai manusia suka menulis dan meminta di baca. Ramai manusia meminta di fahami tapi tak pernah nak memahami. Wujudnya warga - warga yang pentingkan diri sendiri.

Konkulusinya,
Aku menulis dan kemudian aku baca apa yang aku tulis.
Aku bercakap untuk aku mendengar apa yang aku bualkan.
Aku cuba memahami diri sendiri lebih daripada orang lain
dan aku belajar hilangkan rasa pentingkan diri sendiri.

Contengan :
Aku makan PAPAROTI tadi. Nak tahu, itu kali pertama aku makan PAPAROTI. hahaha. Sebelum ni aku tak berani nak cuba. Tapi tadi ,kawan-kawan suruh aku try. Aku cubalah. Sedap. Sedap. Nanti kalau pergi Jusco, boleh beli!

dicanang tepat oleh EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR pada
11/11/2009 jam 6:39 petang waktu tempatan

Tuesday, November 3, 2009

satu ayat terbaik untuk describe aku

"LAME"
Lame itu bukan lama. Lame itu perkataan Bahasa Inggeris yang aku ambil. Bermaksud kuno.

Susah nak percayakan? Aku nih kuno. Kuno yang amat. Kalau ade markah 10, aku boleh dapat lima sahaja. Memang. Aku kurang mengambil tahu tentang isu semasa. Terutamanya politik. Kalau bagi aku tak penting, aku takkan ambik tahu tentang segala sesuatu itu.

"Dah potong ke belum?"

Tahu itu? Iklan ter'famous' sekali. Aku tak tahulah sejak bila iklan tu mula di tayangkan. Dekat sekolah, semua orang haruk iklan tu. Soalan tu di tanya berkali-kali. Yang paling malang bila ada segelintir budak Melayu yang tanpa segan silunya tanya soalan itu kepada budak India dan Cina.

Oh. Sebenarnya bukan itu yang aku nak cakap. Tapi, apa yang aku nak cakap adalah :
Aku tak pernah tengok iklan tu, sekali pon tak pernah.

"Besar punya!"


Kau tahu itu? Juga, aku tak pernah tengok iklan itu. Yang sekarang menjadi bualan hangat dekat sekolah. Sedihkan aku?

Rindunya pada radio. Dah lama aku tak dengar radio. Aku hanya dengar radio setiap pagi nak ke sekolah. Itu pun hanya dalam kereta. Tolong jangan tanya aku tentang lagu-lagu terbaru. Sesungguhnya, aku lemah tentang itu. Aku baru tahu, di radio carta HOT FM(satu-satunya radio aku dengar), lagu BENGANG daripada Akim menduduki carta pertama. Wahhh. Cayalah!

Contengan :
Aku dah buat mukabuku. Baru punya. Yang lama. Dah di hapus. Di bahagian sebelah kiri, korang scroll sikit, ade link menuju ke mukabuku aku. Boleh add. Mana tahu, boleh berkongsi-kongsi idea.


Dicanang oleh EZATULHANIBINTIYUSOFAKMAR
tepat pada 6:55 petang, waktu tempatan

Monday, November 2, 2009

Maafkan Saya / I'm Sorry


Apa makna maaf bagi anda? Maaf atau lebih sinonim dengan perkataan sorry. Bagi aku, sorry or maaf ni adalah ayat yang akan disebut apabila kita buat sesuatu kesalahan. Tapi, sorry dan maaf juga adalah ayat mudah bagi mengaku kesalahan. Nak contoh ?

Cikgu : Sapa yang pecahkan cermin tingkap kelas ni?
Abu : Maafkan saya, Cikgu!
Cikgu : Saya nak awak ganti RM5.00
Abu : Baiklah, Cikgu.

Tengok tuh. Abu takde pon cakap die dah pecahkan tingkap. But bila die cakap "Maafkan saya, Cikgu!" , automatic Cikgu tu faham bahawa Abu tu lah yang pecahkan cermin tingkap kelas. Aku tahu. Tak ramai orang boleh mengaku kesalahan sendiri. So, korang bolehlah try ayat MAAFKAN SAYA ni apabila dalam keadaan terdesak.

Itu baru mukadimah. Belum masuk isi utama apa yang aku nak cerita. Okay. Tadi. Dalam pukul 2 petang, time aku tengah busy online, tiba-tiba telefon rumah bunyi. Since aku sorang je dekat rumah, so aku pun berlarilah dan angkat telefon tu. Then nilah conversation yang boleh aku tulis. Tak sama dengan coversation yang sebenar, biasalah, otak aku bukan boleh merakam segala sesuatu. Tapi, jangan risau, aku tak mengubah sikitpun makna perbualan.

Aku : Hello
Si pemanggil misteri : (Diam. Lama dia diam. Lamaa .. .. .... .....)

Aku : Hello! (Tinggikan nada suara)
Si pemanggil misteri : Wei..... Hello .. bla bla bla bla blaa..
(Dia cakap bahasa cina. Sepatah aku tak faham. Mungkin dia ckp "Wei kawan, jom singgah CS tengok wayang jap". Aku agak saje)

Aku : Emmm. I think 'wrong number'.
Aku kerutkan dahi sambil cakap ayat tuh. Saja cakap bahasa Jawa. Kut die tak faham bahasa Melayu kang)

Then .. ... ..... "TUTTTT TUTTTTT TUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!"


Die letak telefon. Benganglah tu. Aku faham sangatlah. Heyshh. Cuma aku pelik, susah ke cakap 'SORRY'? Masalah daaa. Dia curik lima minit berharga aku. (Ya. aku sayang lima minit lebih dari satu jam. Knp? Ta tau)

Aku faham. SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORDS kan? "Maafkan saya." Tak semua orang boleh cakap ayat tu walaupon dah sah-sah dia yang salah. Manusia memang ada satu sifat. EGO. Rasa maruah jatuh bila sebut "I'm Sorry/ Maafkan saya" Aku pon macam tu. Tapi, dalam situasi macam ni, cakap akan cakap SORRY. Lebih berbudi bahasakan? Lagi pun, orang tu bukan tahu kita siapakan? Hmm.

Aku mengaku. Aku seseorang yang susah mintak maaf. Walaupon aku tahu aku silap. Apetah lagi kena mintak maaf bukan kesalahan sendiri. Ego tinggi. Tapi, bila aku berhadapan dengan situasi yang tiada jalan keluar, aku akan facing dengan 'orang tersebut' dan mintak maaf. Nampak senang. Tapi susah sebenarnya.

Tangan terketar-ketar. Bibir mengiggil. Otak ligat mengatur ayat. Hati ragu-ragu. Jantung bergedup. Mata tak tahu nak campakkan dekat mana. Berfikir. Dan berfikir. Agak- agak dia nak maafkan aku tak? Jap lagi mulut kata maafkan. But dalam hati maki-maki. Situasi nilah paling aku tak suka.

Kepada peminta maaf, mintaklah maaf secara lembut. Sebab kita tak pasti orang itu dapat maafkan kita tak. Tujuan meminta maaf untuk pulihkan keadaaan. Janganlah sebab nak mintak maaf, keadaan lagi keruh.

Kepada si penerima maaf
, janganlah pandang rendah dan bongkak bila orang lain meminta maaf kepada kita. Ingat, perkataan maaf tu perkataan yang susah nak di cakap. Hargai permintaan maaf dia. MEMAAFKAN MAAF TU ADALAH DENDAM YANG PALING MUJARAB!

Dicanang oleh EZATULHANIBINTIYUSUFAKMAR
tepat pada
7: 40 malam waktu tempatan