Friday, October 30, 2009

tapak pelupusan sampah






Semalam,
cikgu buat lawatan ke TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
di SEELONG, SENAI, JOHOR BAHRU
Ini,
a few pictures yang sempat aku dan kawan-kawan aku capture.
Ketawa ya cik adik manis sebab kita orang pegi sana?
Haha.
At first pon aku ketawa masa cikgu inform nak pergi sana,
but bila dah sampai,
best sebenarnya. Banyak benda baru yang boleh aku dapat.
Lepas ni, ajaklah cikgu korang buat lawatan dekat tempat pelupusan sampah.

ezatulhanibintiyusofakmar, 2.08pm

Friday, October 16, 2009

Adakah anda penutur bahasa melayu yang hebat?

Setelah menjamah keblog beberapa orang, aku amik keputusan untuk berubah. Memberikan impak yang lebih extreme untuk kepada semua pembaca. JANGAN. Jangan kau bimbang, perubahan yang aku lakukan kerana is adalah berhaluan positive. Tapi aku sendiri tidak yakin dengan diri sendiri.

Mampukah aku?
Berapa lama akan aku tulis entry yang menggunakan bahasa yang agak siuman?
AHHHH. Yang utama, aku berniat untuk bertukar.

Aku tak mampu menggunakan ayat-ayat yang bombastik untuk setiap entry aku,
Maaf. Sejujurnya aku mengaku, bahasa Melayu aku agak menyedihkan.
Kadang-kadang, apabila result keluar, aku jadi shock!
MARKAH ENGLISH LEBIH TINGGI DARI BAHASA MELAYUU. wooo
Jadi selama ini bahasa apakah yang aku tuturkan?
Bahasa bugis kah? Penan kah? Jawa kah?
Agak memalukan diri sendiri, bukan?

Tetapi, bahasa MELAYU zaman sekarang agak sukar di kuasai. Terutamanya bagi orang MELAYU sendiri.
Contoh. Pilih yang betul (soalan kertas 1-PMR 09) :


Gadis itu ________________ untuk di berikan kepada rakan-rakannya.
A. membeli banyak hadiah
B. banyak membeli hadiah
C. banyak membelikan hadiah
D. membelikan banyak hadiah
*pikirlah jawapan yang terbaik. Jawapan saya sediakan di bahagaian bawah entry ini. Selamat mencuba


Jadi, seperti yang semua harap maklum, aku rasa, banyak sebenarnya orang Malaysia yang gagal menggunakan Bahasa Melayu mengikut hukum tatabahasa. Bukan sahaja aku, mungkin kau juga dan mereka.

Tapi, aku berbangga, entry kali ini aku tulis dengan baik. Malah berunsur positive. Hhaha. Aku kagum dengan kebolehan aku.

Contengan:
Jawapan sebenar B. Kenapa? Aku tidak tahu. Kerana, jawapan yang aku tandadi kertas OMR adalah A. Ya! Aku gagal menjawab soalan itu. Anda? Bagaimana?