Monday, August 24, 2009

ketuk-ketuk nini :)


ocayyy. first of all. aku nak cakap neh. pasal aku yg suke masak. suke sngt masak. aku pon tak tahu ape sebabnye, tapi aku suke masak. bile da masak, aku bagi orng makan ape yang aku masak. bile diorng kate sedap, whoahh! mcm satu kepuasan bagi aku.

so today aku nak cerita pasal bebuka semalam (23/8/09). hari pertama pon sebenarnye aku yg masak untuk juadah bebuka, tapi hari pertama aku just masak nasi goreng jea. x special sngt. tapi hari kedua neh aku masak special sikit. ala-ala western gituh.

bahan-bahan yg perlu di sediakan adalah:
ayam bahagian dada 3 ketul (dicincang halus)
spagetthi 1 kotak (di rebus)
kimball sos spagetthi (350g)
carrot (di cincang halus)
bawang putih 1 ulas (di cincang halus)
bawang merah 1 ulas (di cincang halus)
fish ball dan fish cake sebanyak mungkin (di cincang halus)
tomato sebijik (di cincang halus)
timun sebanyak mungkin (di potong panjang-panjang)
secawan air masak then korng amik periuk.

mula2 masukkan bawang putih, bawang merah, fish ball, fish cake, carrot and ayam. masak sampai korng rasa die dah masak. after that korng masukkanlahkimball sos spagetthi tuh. masukkan tomato lepas tuh. dan masukkan secawan air. boley masuk garam dan gula secukup rasa. masak dalam api yg kecil sampai 15 minit. then SIAP! hias mcm yang aku buat dkt bawah neh. korng boley taburkan dgn cheese or black paper kalau korng nak.


tadaaa! ni sebernarnya sample. haha. ni la yg aky hantar dkt jiran dpd rumah. harap diorng suke lahh. :))
nampak sedap en? tapi x la sedap sngt act. haha.


contengan :
ingt hari neh nak masak mee sup. heee. tak sabarrr!
jgn la pelik kenapa asyik aku je masak,
nak buat mcm mane,
dah aku suke sngt masakk!

Sunday, August 23, 2009

bersahur :)

4.30pagi :
okayy. biasanya pukul 4.30pagi aku dah bangun dah.(padahal neh baru hari kedua.cara bebual mcm da lame sngt je berpuasa.haha) bile bangun jeh perkara petama aku buad bukak laptop. online jap. and buad ape2 yang patut la. ade comment di balas, ade adders di ignore, ade picture comment di approve. macam tuh sajee. kalau ade new friend say 'hi'. so. i am declaring myself sebagai someone who not arrogant laa. cume, kalau x balas comment myspace tu tandanya 'busy'. ocayyy?


4.45pagi :
baru mula bersahur. :) apa yg ade, aku makan je. tanpa banyak soal dan tanya. aku nih x memilih. semua aku boleh makan tak kira waktu dan ketika. jadi aku tak kesah makan nasi pagi2. ade nasi lagi baguss. perut kenyanggg! :)


5.00pagi:
time2 macam neh biasanya aku masih lagi makan. ye laa. aku makan slow2. tak boley rakuss. tuhan maraaa. but aku ade tercongok dpt tv. channel 'TV3'. nak tahu cerita apa? kat bawah neh:

korng boley tanya ni cerita ape? perhh. penat aku carik poster die taw.
NURKASIH la weii. sebelum neh die tayangkan cerita neh masa malam. aku tak dpt tengok. so sekarang ingt nak tgok. korng pon tgok laa. beshhh kuasa 2!





5.20pagi:
biasanya aku tunggu cerita neh iklan baru aku kedapur semula untuk hantar pinggan yang aku gune buat makan. dah tuh, aku pegi ke tandas dan bersugi (berus gigi) sebenarnya aku x suke berus gigi mase puasa. sebabnya takut tertelan pulak die punye ubat gigi tuhh. biasalah manusia. so. selalu aku berus gigi selepas sahur dan selepas bukaa. lepas puas bersugi (berus gigi), aku pon minum air segelas. kira last lah tuh sebelum imsak. lepas tuh aku akan stay tgok NURKASIH sampai pukul enam pagi. da puas baru aku tutup tv dan mulakan hari seperti biasaaa. :))



contengan :
biasanya time puasa mmg aku rajin bangun awal. hoho. mmg la kne bagun awal en?
hahahah :P untuk semua yg baca blog aku,
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA ANDAA
SEMOGA BULAN RAMADHAN INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN BUAT ANDAA


Thursday, August 6, 2009

puasa ganti :)


""Tidak akan tersentuh
api neraka seseorang yang
pernah menangis kerana
takut pada Allah""
-ayat copy paste je neh-




seperti yang sudah semua maklum, lebih kurang dua minggu lagi kita akan berada di bulan ramadhan. kita sebagai seorang muslim haruslah gembira dengan kedatangan bulan teresebut. sesungguhnya, hari ini aku bukan nak bercakap pasal bulan ramadhan. tapi pasal puasa ganti.


aku tengok sekarang, ramai perempuan yang tak ganti puasa. haihh. kira macam burn gituh je. tak baeklah. kalau kita tak ganti puasa tahun ni 2 hari, tahun depan akan jadi 4 hari. kalaulah korang tak pernah nak ganti2 langsung, agak2 berapa hari dah yang korang berhutang dengan AllahSWT? sorry. math saya tak teror. pandai2 lah awak kira sendiri


tapi bukan semua perempuan lah mcm tuh. but, yang lebih sedih, laki pon ade kantoi jugak. biasanya smoking la punca utama puasa terbatal. itu satu masalah jugak. tak kesahlah kalau puasa batal pon, yang penting di ganti. because as a human being, aku admit la dulu2 pon ade kantoi. curik minum air blablablablaa, tapi ganti wooo


kebiasaannya, major factor orang malas ganti puasa adalah sebab tak tahan tgok orng laen makan. biasalah, kalau bulan ramadhan sume puasa. jadi kita jarang tengok orang makan. kalau ade pon, sikit2 je. but kalau hari-hari biasa kita puasa, tegok kiri kanan sume orang makan. tengah dahaga2, ternampak orang teguk air orange. whoahhh! tu yang susah. sebaeknya jauhkan diri kita daripada orang yangg tak berpuasalah. lagi senang. iman pon tak kuat sangat, nauzubillah.


selaen itu, masa bulan ramadhan juga syaiton2 di ikat di neraka. jadi cuma hawa nafsu saja yang mendorong kita ke arah pembatalan puasa. kalau hari-hari biasa, haihhh , banyak syaiton2 yang menggodaa. tambah lagi nafsu! haihh


in a nutshell, utk ganti puasa neh mmg kena sabarlah sikit. lagi pon dosa sendiri, tanggung sendiri en. be positive. islam suruh umat dia berpuasa bukan saja2. bukan satu penderaan. tapi, semuanya ada sebabnya. InsyAllah kalau kita redha dengan ape yang dia wajibkan, surga milik kita. AMIN!






contengan : aku sendri pon tak tahu kenapa aku post blog macam neh. kedengaran warak, bukan? haha. i just a normal human being. selalu buat mistakes! :) okay. see yeayy!

Sunday, August 2, 2009

trial ouhh trial

assalamualaikum kepada peminat setia nini yang sesungguhnya menanti-nanti kehadiran entry yang baru.peminat-peminat yang saya kasihi sekalian, sesungguhnya ALLAH itu maha adil.dia sesungguhnya telah menyediakan seribu satu persiapan untuk aku menghadapi cabaran PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH.sebagai contoh, ... ... ..... ......
(otak saya blur dan tak dapat pikir apa2 contoh yang baik)


bermula minggu depan saya sekelas akan disajikan dengan jadual waktu yang baru. cisss! malapetaka datangg. berikutan hal yang demikian, saya telah memutuskan untuk tidak turun rehat ke kantin. saya akan duduk di kelas sambil makan di dalam kelas bersama-sama classmate yang lain.kepada kawan2, maaf, anda akan jarang sekali melihat saya di kantin.


kadang kala ade sebilangan pengawas yang agak kurang hajar telah menghalau saya dari kelas tersebut.whoahhh.perkara yang berani2 dia lakukan terhadapku!peduli apa aku, die halau aku buad bodoh sajaa.lagi pon banyak kawan2 yang berpihak pada aku.apa lah salahnya duduk dkt kelas time rehat?dapat buat homework!hahaha.tak membazir waktu bukan?


di samping itu, perubahan sikap yang mendadak akan saya lakukan.saya akan menjadi lebih pendiam (mungkin).kurang bergossip(mungkin).dan yang paling penting, saya akan lebih serious sewaktu belajar.usaha tangga KEHADAPAN!aminn.


itu sahaja yang dapat saya luahkan sekarang.sekian.wassalam.